Skip to main content

Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang dan Resepi Makanan Berpatang

Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang
.
Ikan kembung - gatal
Ikan cencaru - tajam
Ikan siakap - boleh menyebabkan bentan
Ikan sardin - gatal
Semua makanan dalam tin - tinggi garam, angin dan bisa
Sayur kangkung - sejuk dan angin
Timun - sejuk
Terung - sejuk dan boleh menyebabkan bentan
Nenas - tajam dan boleh menyebabkan bentan
Kacang tanah - angin
Santan - sejuk dan angin
.
Jenis makanan paling disyorkan buat ibu berpantang.
.-------.
Ikan haruan makan 2 ekor saja seminggu
Ikan selar
Ikan gelama
Ikan merah
Daging
Sayur sawi
Sayur carrot
Sayur brokoli
Buah oren manis
Kismis
Kurma
Madu
Habbatussauda'
Susu kambing
Halia
Bawang putih
Lada hitam
Ulam pegaga

Makanan bergoreng elakkan ya sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh makanan makanan bergoreng, contoh ayam goreng, ikan goreng.
.
Jenis masakan paling disyorkan
-------
Sup
Bakar
Rebus
.
Jenis minuman disyorkan
---------
Jus oren manis - bagus untuk luka
Air milo panas
Teh dan kopi panas - boleh mula pada minggu kedua berpantang sebab angin
Air rebusan daun sireh dan manjakani dan campur gula batu
Air rebusan kunyit
.
Air sejuk dan air batu (ais) wajib pantang sampai 100 hari buat ibu berpantang yg bersalin normal
Buat ibu bersalin czer wajib pantang sampai 1 tahun
.
Ibu berpantang disyorkan makan secara kerap tapi dalam portion sederhana. Elakkan makan nasi sehingga bertambah 2-3 pinggan ya, nanti perut ibu senang buncit dan menggeleber. Kerapkan minum air, minum air tidak menyebabkan miss v kita basah atau berair seperti anggapan sesetengah orang. Tapi kalau ibu kurang minum air, anda akan cepat lesu dan pengeluaran susu turut terjejas.
.
 Sumber Fb

~ Hamil Dalam 3 Bulan ~

Dibawah ini disertakan resepi resepi istimewa semasa dalam pantang


IKAN TENGGIRI LADA HITAM KUKUS

BAHAN-BAHAN
3-4 ketul isi ikan tenggiri
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu kecil sos tiram
Sedikit jus lemon
Garam secukup rasa

CARA-CARA
Bersih isi ikan , mayang semua bawang , halia dan taburkan dalam pinggan yang sesuai . Susun semua isi ikan dan taburkan lagi bawang serta halia di atas isi ikan . Masukkan sos tiram , garam dan serbuk lada hitam . Kukus selama 10-15 minit atau sampai ikan masak .

* Tidak perlu ditambah air sebab bila dalam proses kukus isi ikan ni akan mengeluarkan jus.




IKAN BAWAL / SIAKAP KUKUS HALIA

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan siakap (disiang dan dibersihkan)
6 ulas bawang putih (dihiris halus)
2 inci halia (dihiris halus)
2-3 biji limau nipis (ambil jusnya)
1 sudu makan sos ikan
sedikit air
garam
hirisan daun sup
3-4 biji cili api (dihiris/diketuk)

CARA-CARA
Sediakan pengukus. Jerangkan airnya.
Lumurkan ikan dengan garam secukupnya dan letak di dalam bekas tahan panas.
Kemudian taburkan bawang dan halia yang sudah dihiris tadi di atasnya. Kukus sehingga 1/2 masak.
Setelah itu, masukkan sos ikan, sedikit air, cili padi dan jus limau nipis. Kukus lagi hingga masak.
Setelah masak, taburkan daun sup dan biarkan ia merenih sebentar. 
Hidangkan bersama nasi putih.


SUP IKAN MERAH

BAHAN-BAHAN
Ikan merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
Lada hitam biji - tumbuk
Sup bunjut ikan Adabi

CARA-CARA
Didihkan air secukupnya bersama sup bunjut ikan, bawang merah, bawang putih, halia yang dihiris, kayu manis, bunga lawang dan pelaga.

Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya. Taburkan daun sup san bawang goreng. Tutup api dan sedia dihidangkan.





AYAM PANGGANG SELERA PANTANG

BAHAN-BAHAN
500gm ayam
1/2 cawan air
1 batang serai (diketuk)
1 sudu kecil jintan manis
1 1/2 sudu kecil jintan putih
Air asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN-BAHAN KISAR
20gm halia
10gm kunyit hidup
10gm lengkuas
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA-CARA
1) Perap ayam dengan garam bersama setengah bahagian bahan yang dikisar selama 1 jam.
2) Panggang sehingga masak. 
3) Panaskan sedikit minyak.
4) Tumis bahan kisar selebihnya hingga naik bau.
5) Masukkan serai,jintan manis,jintan putih,air asam jawa dan garam.
6) Tambah air dan biarkan mendidih.Curahkan ke atas ayam tadi.

Info
Resepi ini membantu memecahkan angin dalam badan dan meningkatkan selera makan.



IKAN HARUAN MASAK LADA HITAM

BAHAN-BAHAN
Seekor ikan haruan yang telah dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan lendir dan dipotong kepingan.

1 inci halia dihiris nipis
3 ulas bawang kecil dimayang
2 ulas bawang putih diketuk
1 keping asam keping
1 sudu makan lada hitam ditumbuk kasar
Air
Garam

CARA-CARA
Didihkan semua bahan masakan kecuali ikan. Setelah air mendidih, masukkan ikan dan perlahankan api. Biarkan ia merenih sehingga ikan masak dan ramuannya mesra. Perasakan dengan garam dan hidangkan.

Info
Ikan haruan yang mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak penting membantu dalam proses penyembuhan luka luar dan dalam menjadi hidangan utama bagi ibu selepas bersalin. Ikan ini biasa dimakan pada peringkat awal lepas bersalin. Luka bersalin biasanya sembuh dalam tempoh 2 minggu.




SUP SAYUR CAMPUR

BAHAN-BAHAN
500ml air
Minyak masak
Serbuk pati ikan bilis secukupnya
Garam secukup rasa
Perencah sup sayur Adabi

BAHAN-BAHAN DIPOTONG
200gm brokoli
1 biji lobak merah
1/2 biji lobak putih
1/2 batang saderi
3 helai daun kubis

BAHAN-BAHAN DIHIRIS
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil jintan putih

CARA-CARA
1) Didihkan air dalam periuk secukupnya bersama sayur-sayuran.
2) Masukkan bahan hiris, lada hitam dan jintan putih.
3) Masukkan serbuk pati ikan bilis dan perencah sup sayur adabi.
4) Bila sayur empuk,masukkan garam.
5) Kacau rata sebelum diangkat.

Info
Brokoli mengandungi beta karoten dan vitamin lain yang dapat melindungi tubuh daripada serangan kanser.




IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

BAHAN-BAHAN
500ml air
3 ketul ikan tenggiri
1/2 cawan air asam jawa
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN YANG DIHIRIS
30gm halia
3 biji bawang merah

CARA-CARA
1) Didihkan kesemua bahan di atas api perlahan.
2) Masak sehingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.
3) Kacau rata sebelum dihidangkan.

Info
Resepi ini membekalkan protein dan melawaskan pembuangan air kecil.







IKAN BAWAL KUKUS ASAM JAWA

BAHAN-BAHAN
Ikan bawal dikelar sedikit
Dua keping halia dihiris
Sekeping kunyit hidup dihiris
1 sudu teh pes asam jawa Adabi
Lada hitam ditumbuk
Garam

CARA-CARA
Lumurkan kesemua bahan pada ikan dan kukus ikan sehingga masak. Hidangkan.




SINGGANG IKAN TENGGIRI

BAHAN-BAHAN
ikan tenggiri 3 keping besar
3 ulas bawang putih - dimayang
7 ulas cili api
2 cm lengkuas - dihiris nipis
2 cm kunyit hidup - dihiris nipis
3 keping asam gelugur
4 cawan air
garam secukup rasa

CARA-CARA
Ikan dipotong kecil dan dibersihkan.
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Masakkan hingga kuah mendidih.
Sedia untuk dihidang. Sedap makan dengan nasi agak lembut dan masih panas...



SUP AYAM BEREMPAH / SUP DAGING BEREMPAH

BAHAN-BAHAN
2 ketul ayam
Sekeping halia dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 ulas bawang kecil dihiris
Sebatang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
Sekuntum bunga lawang
Sesudu teh lada hitam ditumbuk
Sesudu teh biji ketumbar
Sedikit lobak merah didadu
Hirisan daun bawang dan daun sup
Sesudu besar rempah kurma dicampur sedikit air
Air
Garam
Sup bunjut Adabi

CARA-CARA
Didihkan air di dalam periuk bersama sup bunjut adabi. Masukkan halia, bawang kecil, bawang putih dan kesemua rempah. Masukkan rempah kurma dan kacau seketika. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga rempah sebati dengan isi ayam. Biarkan air mendidih. Masukkan lobak merah dan biarkan merenih sehingga lobak empuk. Perasakan dengan lada hitam dan garam. Masukkan daun sup dan daun bawang. Biarkan merenih seketika dan hidangkan.




AIR HALIA MADU PANAS

BAHAN-BAHAN
50 gm halia - buang kulit - cuci - potong kecil
2 cwn air
2-3 sudu besar madu 

CARA-CARA
1. Kisarkan halia yg telah dpotong kecil bersama air.
2. Tapiskan dan ambil air halia.
3. Masak atas api hingga air halia mendidih.
4. Tuangkan sedikt air halia dan ambil 2 sudu besar madu dan tambahkan air panas, kacau biar siap utk diminum panas-panas.



SUSU ALMOND

BAHAN-BAHAN 
1 gelas susu segar
1 biji kurma
21 biji kismis
7 biji badam 

CARA-CARA
1. Kisar semuanya dan minum setiap pagi. 
2. Bagus untuk membantu membanyakkan air susu ibu.


JUS PEGAGA + MADU

BAHAN-BAHAN
2 ikat pegaga
air
2 sudu madu

CARA-CARA
1. Rebus semua bahan sehingga menjadi 3 cawan air.
2. Tapis dan kemudian hidangkan panas atau suam.
3. Campurkan madu dan kacau sebati. Gunakan sudu plastik.



AIR KUNYIT

BAHAN-BAHAN
Sedikit kunyit hidup
Perahan air asam jawa
Gula secukup rasa

CARA-CARA
1. Kunyit hidup diparut ambil airnya dan direbus sampai mendidih.
2. Masukkan perahan air asam jawa dan gula.

-----
AIR REBUSAN MANJAKANI

BAHAN-BAHAN
5 biji buah manjakani
500ml air
2 cm halia
2 cm kunyit
2 keping asam keping

CARA-CARA
1.Didihkan kemudian perlahankan api (renehkan) selama 15 minit. 
2. Tapis kemudian boleh dijadikan pati untuk diminum dengan mencampurkan air.

Info
Kalau hari ini minum air kunyit, besok air rebusan manjakani. Selang seli. Bagus minum air kunyit dan rebusan manjakani nak baikkan luka dalaman dengan cepat.


SELAMAT MENCUBA!!!!!

Untuk mencuba Set Berpantang Shakleee sila klik
DISINI

Comments

  1. kata siakap xleh makan..tapi bg resipi siakap 🀣🀣🀣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru aku nak cakapπŸ˜›πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
  2. Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.

    .................................................................

    ▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.

    ..................................................................

    ▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
    Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.

    ...............................................................

    Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..πŸ˜‰

    Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okayπŸ‘‡πŸ»
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    πŸ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🀲🏼


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Senaman Yang Sesuai Mengikut Bentuk Tubuh Wanita

Senaman Yang Sesuai Mengikut Bentuk Tubuh Wanita  Kebanyakkan wanita menyukai senaman 'pilate, dance, kickboxing, yoga dan sebagainya. Tahukah anda ada cara cara senaman yang betul mengikut bentuk badan wanita Mula -mula wanita haruslah mengetahui bentuk tubuh badannya. Terdapat beberapa jenis bentuk badan wanita antara pear, apple, hourglass atau bentuk atlet. Bentuk badan 'Pear'  Wanita yang memiliki tubuh berbentuk buah 'Pear' cenderung memiliki pinggul yang lebar dibandingkan dengan bahagian tubuh mereka. Bahagian pinggang wanita tampak indah jika seorang wanita berbentuk buah 'Pear' ini memakai gaun dengan cara yang betul. Apple  Bentuk tubuh apel yang indah. Hal ini juga disebut bentuk V atau badan segitiga terbalik. Wanita ini telah didefinisikan dengan baik. Namun, payudara cenderung lebih besar dari bagian pinggul. Hourglass atau jam pasir Anda memiliki bentuk tubuh jam pasir, anda beruntung! Tubuh anda terlihat mirip

Kenali Jenis-jenis Keju

Kenali Jenis -jenis Keju CHEDDAR CHEESE Keju cheddar paling mendapat tempat dalam kalangan pengguna dari seluruh dunia. Keju yang berasal dari British ini mempunyai rasa yang sedap manakala aromanya tidak terlalu tajam menjadikan sesuai untuk dihidangkan dengan apa saja jenis masakan termasuk hidangan kaserol, sup , inti sandwich dan salad.Keju ini mengandungi 48% lemak dengan tempoh pemeraman selama 9 -24 bulan. EMMENTHAL CHEESE Keju Emmenthal berasal dar Swiss keju keras yang sangat keras dan popular.Emmenthal mempunyai sifat yang berbeza berbanding keju yang lain kerana bentuknya unik jika dipotong dan kelihatan lubang-lubang yang terbentuk semasa proses pemeraman. Keju kegemaran ramai ini mempunyai rasa yang sangat lembut dan kaya dengan aroma yang menyelerakan. PARMESAN CHEESE Keju Parmesan merupakan salah satu keju jenis keras dari Bandar Parma, Itali.Keju ini berbentuk silinder dengan warna kuning muda. Teksturnya yang keras sesuai untuk dijadikan parutan keju. Aroman